Luar Negara

COVID-19 : Singapura lapor 215 kes baharu, jumlah melebihi 44,000

SINGAPURA hari ini melaporkan 215 kes baharu jangkitan Covid-19 dengan 10 kes dalam komuniti menjadikan jumlah di republik itu, 44,122 kes.

Daripada data ringkas tengah hari yang disiarkan hari ini, Kementerian Kesihatan (MOH) memaklumkan bahawa kes komuniti melibatkan enam rakyat Singapura atau penduduk tetap dan empat pemegang pas pekerja.

Manakala terdapat empat kes import yang kesemuanya diberi Notis Duduk-Rumah atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

BERNAMA melaporkan, yang lain, kes baharu melibatkan pekerja asing yang mendiami asrama, demikian menurut kementerian itu.

Daripada data lengkap yang disiarkan lewat semalam, Singapura mengklasifikasi 1,879 kes yang dikaitkan dengan komuniti, 582 kes import dan 41,446 melibatkan pekerja asing di asrama.

Setakad tengah hari semalam, 38,500 atau kira-kira 88 peratus daripada 43,907 jumlah keseluruhan pesakit telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang dari hospital atau fasiliti penjagaan komuniti.

Terdapat 215 kes disahkan masih di hospital semalam dengan satu di unit rawatan rapi, menurut kementerian itu.

Tambahnya lagi, 5,166 pesakit yang mempunyai simptom sederhana atau secara klinikal diuji masih positif COVID-19 telah diasingkan dan menerima rawatan di fasiliti komuniti.

Setakad ini, 26 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19 dengan dua kematian pertama dilaporkan pada 21 Mac.

Satu kluster baharu dikenalpasti semalam yang melibatkan satu asrama di 20 Senoko Crescent.

(Visited 75 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button