Nasionalpilihan

Kerajaan kawal kenaikan harga minyak masak

Kerajaan akan melaksanakan program Harga Kawalan berasaskan nilai ambang Crude Palm Oil.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program itu adalah bagi menangani isu kenaikan harga minyak masak botol 1 kilogram hingga 5 kilogram.

“Kita akan meneruskan dasar pengawalan harga barang perlu walaupun harga komoditi di peringkat global meningkat.

“Melalui program ini, sebagai contoh, harga minyak masak botol 5 kilogram dapat dikawal supaya tidak melebihi RM30 sebotol,” katanya .

Beliau berkata demikian dalam sidang Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi hari ini.

Menurutnya, selain itu dalam memastikan bekalan minyak masak pek polibeg 1 kilogram terjamin, kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan sebanyak satu bilion ringgit.

“Melalui tambahan peruntukan ini, rakyat masih dapat membeli minyak masak pek polibeg 1 kilogram pada harga bersubsidi RM2.50,” jelasnya.

Tambahnya, kerajaan juga akan terus mengekalkan harga runcit bagi petrol RON95, diesel dan LPG yang dijangka melibatkan subsidi melebihi RM6 bilion tahun ini. -SM

(Visited 204 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button