Nasional

Sistem MyFIS Neo UPSI Diiktiraf Pematuhan SAGA Jabatan Akauntan Negara Malaysia

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) jadi agensi Badan Berkanun Persekutuan (BBP) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pertama melalui Penilaian Jawatankuasa Pematuhan Standard Accounting System For Government Agencies (SAGA) bagi tahun 2022.

Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed berkata keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP) SAGA Bilangan 1 Tahun 2022 yang diadakan pada 31 Mac 2022 bersetuju untuk menganugerahkan Pengiktirafan Pematuhan SAGA kepada UPSI sekali gus menjadikan universiti itu yang pertama menerima pengiktirafan SAGA bagi kali kedua.

UPSI sebelum ini pernah menerima pengiktirafan kali pertama pada 2012 bagi Sistem Maklumat Kewangan (MyFIS) apabila menaiktarafkan sistem kewangan itu dan menjadikannya universiti pertama beralih kepada platform pengaturcaraan berasaskan sumber terbuka (open source) yang diberi nama Sistem Maklumat Kewangan Bersepadu (MyFIS Neo) yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan lain seperti Penyulitan Data (Encryption), Secure Socket Layer (SSL) dan Virtual Private Network (VPN).

Katanya, pengiktirafan penilaian Pematuhan SAGA itu dianugerahkan setelah UPSI memenuhi 20 kriteria pematuhan SAGA secara keseluruhan tanpa sebarang pindaan.

“Sistem yang berasaskan web (web base) yang dibangunkan dengan menggunakan kepakaran kakitangan Pusat Teknologi Maklumat, UPSI dengan kerjasama Subject Matter Expert (SME) bidang kewangan dan perakaunan Jabatan Bendahari UPSI mempermudahkan urusan kewangan universiti,” katanya.

Beliau berkata sistem itu boleh diakses menggunakan pelbagai peranti merangkumi sistem operasi seperti android, IOS atau windows yang memiliki kelebihan berbanding sistem kewangan terdahulu berikutan dibangunkan menggunakan platform pengaturcaraan berasaskan sumber terbuka (open source).

Pihak UPSI juga, katanya, dalam proses menukarkan pangkalan data sedia ada kepada pangkalan data sumber terbuka iaitu PostgreSQL sekali gus menjadi perintis dalam penggunaan pengaturcaraan dan pengkalan data berasaskan sumber terbuka bagi pembangunan keseluruhan sistem pengurusan universiti.

Katanya, UPSI bersedia memasarkan Sistem MyFIS Neo menerusi anak syarikatnya iaitu UPSI Holding Sdn. Bhd untuk manfaat agensi-agensi  yang berpotensi di seluruh Malaysia khususnya Universiti Awam,  agensi kerajaan dan lain-lain badan berkanun.

Menurut Mohamad Najib sistem terbaharu itu mempunyai kawalan keselamatan Public Key Insfrastructure (PKI) melalui penggunaan Sistem Pengesahan Pengguna Berasaskan Sijil Digital (Digicert) yang berfungsi sebagai komponen yang mengesahkan ketulenan/keaslian transaksi yang dilakukan dalam Sistem MyFIS Neo bagi memastikan individu yang dibenarkan sahaja melaksanakan transaksi tersebut.

Bertepatan dengan keperluan keselamatan yang tinggi dalam sistem pengurusan kewangan, penggunaan aplikasi PKI ini telah dilaksanakan bersama dengan pihak Pos DigiCert Sdn. Bhd. – SM

(Visited 711 times, 3 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button