Luar Negara

Sistem bekalan air di Florida digodam, paras bahan kimia naik 100 kali ganda!

Seorang penggodam komputer telah mendapat akses ke dalam sistem bekalan air di sebuah bandar di Florida dan cuba mengepam sejumlah bahan kimia “berbahaya” yang boleh membahayakan penduduk di bandar berkenaan.

Penggodam itu telah meningkatkan jumlah natrium hidroksida yang dikenali sebagai lye ke dalam sistem rawatan air di bandar Oldsmar namun disedari oleh seorang pekerja yang mengendalikan sistem berkenaan dan segera membetulkan keadaan.

Lye yang merupakan sejens bahan kimia digunakan dalam kuantiti yang sedikit bagi mengawal paras asid namun sekiranya jumlah yang banyak digunakan ianya boleh menyebabkan masalah besar bagi kualiti air.

Kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu dimana komputer yang mengawal sistem rawatan air di Oldsmar itu telah diakses dari jauh oleh seseorang yang tidak dikenali.

Seorang pengurus kilang yang mengendalikan sistem berkenaan melihat ada percubaan untuk mengakses ke dalam sistem pada pagi itu namun dia menganggap ianya dikendalikan oleh penyelia sistem.


Namun, sekali lagi sistem itu digodam pada waktu petang dan kali ini penggodam telah mengakses perisian rawatan itu dengan menaikkan paras natrium hidroksida kepada 100 kali lebih tinggi daripada paras normal.

Penyelia yang menyedari perbuatan itu segera menurunkan paras natrium hidoksida ke paras normal semula.

Natrium hidroksida adalah bahan utama dalam pembersih saliran cecair yang bersifat sangat menghakis dan boleh menyebabkan radang pada kulit dan mata serta keguguran rambut.

Sekiranya bahan bahaya ini ditelan, ianya boleh menyebabkan kerosakan pada mulut, tekak, perut dan menyebabkan muntah, mual dan cirit-birit.

Menurut kenyataan dari Sheriff Daerah Pinellas Bob Gualtieri, dia berkata bahan kimia berkenaan sekiranya dimasukkan ke dalam air yang boleh diminum adalah bahaya.

“Saya bukan ahli kimia. Tetapi saya dapat memberitahu anda apa yang saya tahu. Jika anda memasukkan jumlah bahan itu ke dalam air minuman, itu bukan perkara yang baik”, katanya ketika memberikan penjelasan di sidang media.

Dia juga menjelaskan bahawa setakat ini tiada kesan signifikan yang menunjukkan air berkenaan tercemar dan penduduk di bandar berkenaan tidak berada dalam bahaya.

Manakala Datuk Bandar, Eric Seidel berkata “wujud penjenayah” di luar sana yang menyebabkan kejadian ini berlaku.

Walaubagaimanapun, belum ada tangkapan dilakukan dan tidak diketahui apakah penggodaman itu dilakukan dalam Amerika Syarikat atau sebaliknya.

Ekoran dari kejadian ini, program akses jarak jauh ke sistem air telah dimatikan buat sementara waktu.

(Visited 36 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button