Hiburan

Pelitup muka PU Riz dan Neelofa habis dijual dalam masa kurang 3 jam

SELAIN tudung, nampaknya pelitup muka yang dijual PU Riz dan Neelofa juga nampaknya laku keras sehingga terjual sebanyak 220,000 helai semalam.

Menurut PU Riz, dia sendiri tidak menjangka yang pelitup muka berjenama Gholak mendapat sambutan yang amat menggalakkan terhadap produk keluaran syarikatnya iaitu Markaz Tijaari.

“Alhamdulillah, saya sendiri tidak menjangkakan sambutan yang sangat menggalakkan. Kami baru sahaja lancar tiga jam dah kemudian sudah habis ditempah.

“Sepatutnya malam ini jualan dibuka kepada umum tapi dah habis ditempah. Bagaimanapun, tidak perlu bimbang kerana kita dalam usaha untuk menambah stok” katanya.

Sementara itu, PU Riz berkata, pelitup muka Gholak bermaksud ‘tertutup’ ini mempunyai empat lapisan yang berkualiti dan dapat mencegah penularan wabak Covid-19.

Jelasnya lagi, pihaknya juga merancang untuk menambah beberapa koleksi warna untuk keluaran akan datang.

“Pelitup muka keluaran kami ini mempunyai kebaikan tambahan iaitu empat lapisan berbanding kebanyakan yang dijual di pasaran.

“Kita dah rancang untuk keluar sejak Disember lalu tapi ambil masa sedikit disebabkan kami ingin pastikan ia betul betul berkualiti. Buat masa ini hanya warna putih dan InsyaAllah akan datang kami keluarkan pelbagai warna,” ujarnya.

Markaz Tijari sebelum ini mengeluarkan beberapa produk makanan tambahan dan pakaian yang turut mendapat sambutan menggalakkan.

Untuk rekod, Markaz Tijaari adalah usaha Ustaz Haris dan Neelofa membantu rakyat Malaysia terutama golongan suri rumah dan pelajar yang mahu menambah pendapatan. -SM

(Visited 489 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button