Nasional

Siri nombor pendaftaran kenderaan UG mula dibuka untuk bidaan 1 Julai

Tanjong Malim – Siri nombor pendaftaran kenderaan ‘UG’ yang telah dilancarkan oleh Tuanku Canselor UPSI, Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim pada 24 Mei lalu akan mula dibuka untuk bidaan oleh orang ramai bermula 1 Julai.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merangkap Ahli Lembaga Pengarah UPSI Holding Sdn Bhd. (UHSB), Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata inisiatif itu dilaksanakan bagi menyahut hasrat kerajaan untuk membantu penjanaan kewangan universiti menerusi pelaksanaan oleh anak syarikat, UHSB dengan kerjasama syarikat tempatan Aquatwo Sdn Bhd.

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff

“Orang ramai boleh mula membida nombor plat kenderaan yang mereka minat dengan mengisi borang bidaan melalui pautan laman web www.ugplat.com.my yang dibuka bermula 1 Julai hingga 12 Julai dan kemudian borang bidaan perlu dihantar terus ke pejabat UHSB di Aras 1, Bangunan Bitarasiswa, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan,” jelasnya dalam suatu kenyataan.

Siri nombor pendaftaran kenderaan UG merupakan hadiah istimewa kepada seluruh alumni institusi pendidikan terulung itu sempena sambutan 100 tahun penubuhannya.

Sementara itu Pengurus Besar UHSB, Profesor Madya Dr. Ramlee Ismail berkata, siri nombor pendaftaran kenderaan UG yang bermaksud “Universiti Guru” merupakan hadiah istimewa kepada seluruh alumni institusi pendidikan terulung itu sempena sambutan 100 tahun penubuhannya pada 22 November ini.

Pengurus Besar UHSB, Profesor Madya Dr. Ramlee Ismail

“Selain menjadi hadiah bermakna sempena sambutan bersejarah universiti, UHSB mengunjurkan pulangan pendapatan bernilai lebih RM 3 juta ringgit,” jelasnya semasa majlis menandatangani kerjasama dengan Aquatwo Sdn Bhd yang akan menjadi rakan strategik pengurusan pembidaan siri no pendaftaran kenderaan.

Turut hadir dalam majlis tersebut Pengerusi Lembaga Pengarah UHSB, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Pengarah Urusan Aquatwo Sdn Bhd Datuk Muhammad Muqarrabin Mokhtarudin, Timbalan Naib Canselor UPSI Profesor Dr. Marzita Puteh, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UPSI, Profesor Madya Dr. Norkhalid Salimin, Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed dan Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, Profesor Madya Dr Mohd Izwan Shahril.

(Visited 555 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button