Politik

Pemimpin PH bertemu Yang Dipertua Dewan Rakyat

PEMIMPIN Pakatan Harapan (PH) hari ini mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun di Parlimen bagi membincangkan keperluan mengadakan sidang Dewan Rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebooknya memaklumkan perkara itu selaras dengan kenyataan media Istana Negara tempoh hari bahawa Parlimen boleh bersidang ketika tempoh darurat berkuat kuasa.

“Seusai pertemuan itu, Majlis Presiden PH mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hasil pertemuan tersebut,” katanya dalam kenyataan itu.

Majlis Presiden juga turut menyentuh beberapa isu mutakhir dan persiapan menuju Pilihan Raya Umum Ke-15, katanya.

Istana Negara menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada 24 Februari lalu memaklumkan Al-Sultan Abdullah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Perkara itu termaktub dalam subperenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong. – BERNAMA

(Visited 141 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button