Luar Negara

Singapura sahkan kes pertama varian coronavirus baru dari UK

Singapura telah mengesahkan kes pertama varian coronavirus baru yang terdapat di United Kingdom.

Sementara 11 kes yang lain yang sedang dikuarantin menunjukkan hasil awal terdapat strain baru virus tersebut.

Semua kes tersebut dari individu yang mengembara dari Eropah dan mereka telah dikuarantinkan selama 14 hari di tempat khusus.

“Saat ini tidak ada bukti bahwa strain B117 beredar di masyarakat,” kata Kementerian Kesihatan Singapura hari ini merujuk pada strain UK yang berpotensi lebih menular.

Singapura telah melakukan urutan genomik virus untuk kes COVID-19 yang disahkan yang tiba dari Eropah baru-baru ini.


Pesakit dengan varian baru yang tiba di  Singapura dari UK pada 6 Disember dikurantain semasa ketibaan dan diuji positif pada 8 Disember.

Semua kenalan dekat pesakit diletakkan dalam tempat kuarantin dan telah diuji dengan keputusan negatif pada akhir tempoh kuarantin.

Kementerian kesihatan Singapura mengatakan, bahawa pihaknya dapat mengawal jangkitan varian itu dan mengesahkan tidak ada penularan lain.

Sebelum ini Singapura telah menyekat pelawat dengan sejarah perjalanan ke United Kingdom untuk mengelakkan gelombang baru Covid-19 di negara itu.-SM

 

(Visited 109 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button