Nasionalpilihan

Lelaki warga Bangladesh berseluar berjaya dicekup Imigresen

Gelagat seorang lelaki warga Bangladesh tidak sempat memakai seluar ketika menyorok di celah almari mengelak daripada dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia Melaka (JIM) dalam serbuan di sebuah penempatan pekerja asing tengah malam tadi.

Dalam serbuan di Kelemak dan Taman Desa Bertam lelaki berusia 25 tahun yang hanya berseluar dalam adalah antara 134 warga asing berjaya ditahan dalam sembilan serbuan berasingan dilakukan.

Pengarah Imigresen negeri, Anirwan Fauzee Mohd Aini berkata, kesemua mereka yang ditahan berusia antara 25 hingga 48 tahun itu terdiri daripada 101 lelaki Bangladesh, 25 lelaki dan seorang wanita Indonesia, Myanmar (6) dan Nepal (1).

Menurutnya, kesemua yang ditahan didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)/Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

“Sewaktu serbuan terdapat segelintir warga asing di penempatan yang padat dan kotor itu cuba melarikan diri.

“Usaha seorang warga Bangladesh hanya berseluar dalam gagal dalam percubaan melarikan diri apabila berjaya ditahan anggota penguat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Anirwan Fauzee, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan yang menimbulkan rasa tidak selamat dan mengganggu keselesaan penduduk setempat.

Katanya, antara kesalahan yang dilakukan ialah tiada sebarang dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, memiliki suatu dokumen atau pas yang disyaki palsu selain beberapa kesalahan lain.

Ujarnya, kesemua yang ditahan dihantar ke Depot Imigresen Machap Umboo serta mengesan majikan yang menggaji atau melindungi warga asing ini untuk tindakan selanjutnya. – SM

(Visited 40 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button