Nasional

Sidang Kemuncak KL lengkapi usaha gabungan negara Islam lain

TUN Dr Mahathir Mohamad berkata Sidang Kemuncak KL bertindak sebagai kerjasama strategik untuk melengkapkan usaha yang dilakukan oleh gabungan negara Islam sedia ada seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Lapan Negara Membangun (D-8).

Perdana menteri berkata semua negara Islam dipelawa menyertai usaha ini dalam perbincangan Sidang Kemuncak Kuala Lumpur pada masa akan datang yang akan dijenamakan semula sebagai Dialog Perdana, bermula 2020.

Dr Mahathir, sebagai pengerusi Sidang Kemuncak KL, berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada akhir persidangan edisi 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Kenyataan Pengerusi Sidang Kemuncak KL 2019 yang mengandungi antara lain, komitmen dan ikrar dalam usaha untuk meningkatkan kemajuan umat Islam, dibacakan oleh Timbalan Pengerusi Sidang Kemuncak Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid pada majlis penutup persidangan itu.

“Kami komited untuk melaksanakan penyelesaian pragmatik yang disokong oleh sidang kemuncak ini dengan tujuan untuk memulihkan ketamadunan Islam yang sangat dihormati, memperbaiki keadaan semasa ummah, dan memperluas jangkauan pembangunan ekonomi serta sains, teknologi dan inovasi untuk manfaat generasi akan datang, ” kata Dr Mahathir dalam dokumen itu. — BERNAMA

(Visited 109 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button