Ekonomi

Maxis kerjasama dengan KKD untuk hulurkan bantuan banjir kepada keluarga terjejas di Johor

Dalam usaha untuk membantu komuniti yang terjejas akibat banjir di Johor baru-baru ini, Maxis tampil bersama  Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk menyampaikan bantuan makanan keperluan sebagai  sebahagian daripada Operasi Bantuan Pasca Banjir oleh Kementerian.

Maxis telah memperuntukkan 1,000 kotak makanan untuk diagihkan kepada keluarga-keluarga yang terjejas di lokasi-lokasi yang dikenal pasti oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) di bawah KKD.

Pada majlis penyerahan yang diadakan pada 13 Mac di Dewanraya Kampung Sg Tiram, Maxis menyertai YB Fahmi Fadzil, Menteri KKD, untuk menyerahkan 200 kotak yang pertama kepada keluarga dari Kampung Sungai Tiram, Kampung Simpang Mados dan Kampung SC.

Sukarelawan Maxis dari wilayah Selatan telah membantu mengagihkan kotak makanan ke kawasan-kawasan tersebut bersama-sama dengan JAPEN.

“Kementerian saya komited untuk terus menyalurkan negeri Johor dengan usaha-usaha bantuan. Terdapat  banyak keluarga yang sangat memerlukan bantuan termasuk barangan makanan keperluan.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita mempunyai tanggungjawab untuk membantu satu sama lain pada masa yang  memerlukan, dan saya menghargai usaha syarikat-syarikat korporat seperti Maxis menyokong operasi bantuan kami,” kata Fahmi.

“Maxis menghargai usaha Kementerian dalam memacu inisiatif penting untuk kebajikan rakyat. Dengan begitu ramai yang kehilangan tempat tinggal dan sumber pendapatan yang terjejas, kami komited untuk memainkan peranan dengan kerjasama Kementerian untuk meringankan beban mereka yang terkesan, “; kata Mariam Bevi Batcha, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Maxis.

Sementara itu, jurutera Maxis terus memantau prestasi rangkaiannya di kawasan yang terjejas dan telah mengambil inisiatif untuk memulihkan perkhidmatan jika diperlukan bagi mengurangkan gangguan sambungan.

Ini termasuk penggunaan set penjana mudah alih di mana terdapat gangguan elektrik, penggantian peralatan yang rosak akibat tapak yang tenggelam dan pemasangan WiFi percuma di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Johor dan Pahang.

Bagi kawasan yang tidak boleh diakses kerana risiko keselamatan, dron digunakan untuk penilaian udara sebagai sebahagian daripada usaha pemulihan tapaknya. – SM

(Visited 173 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button