Luar Negara

Singapura catat tiga lagi kes baharu Covid-19

Kementerian Kesihatan Singapura hari ini mengesahkan tiga lagi kes baharu Covid-19 dicatatkan di republik itu, menjadikan jumlah kes yang positif kepada 84.

Tiga kes baharu itu membabitkan warganegara Singapura yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China baru-baru ini.

Seorang daripada mereka ialah lelaki berumur 54 tahun yang dikaitkan dengan gereja The Life Church and Missions Singapore, yang kerap melakukan perjalanan ke Malaysia untuk urusan kerja.

Menurut kementerian, lelaki itu disahkan positif Covid-19 pagi ini dan kini ditempatkan di Pusat Penyakit Berjangkit Negara (NCID).

Berhubung kes yang disahkan, kementerian berkata, sebanyak 34 kes telah sembuh sepenuhnya daripada penyakit itu dan telah dibenarkan keluar hospital.

Satu daripada kes yang sudah sembuh adalah kes dari luar pertama membabitkan lelaki warganegara China berumur 66 tahun daripada Wuhan yang tiba di Singapura dengan keluarganya pada 20 Januari lalu.

Daripada 50 kes disahkan yang masih dirawat di hospital, kebanyakan mereka berada dalam keadaan stabil atau bertambah baik, manakala empat dalam keadaan kritikal.- Bernama

(Visited 60 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button