Politik

Kisah hantu raya dan tuan baharunya

SATU ketika besar sungguh ‘jasa’ hantu raya ini. Selain menjaga ladang, tanaman dan segala kepentingan tuannya, hantu raya juga digunakan untuk memporak perandakan musuh.

Kehebatan hantu raya ini dia tidak pandai tidur, mahupun makan. Tahap kepatuhan kepada tuannya adalah 100 peratus.

Satu ketika hantu raya  pernah dihantar ke kampung-kampung untuk menakutkan orang ramai.

Hantu raya ini kalau dihantar berkeliling kampung untuk tujuh hari tujuh malam alamat, porak peranda hidup orang kampung.

Setiap malam anjing melolong masakan mata mampu lelap. Seluruh kampung diselubungi awan hitam dan dicengkam ketakutan.

Ditakdirkan selepas berabad, tuan empunya hantu raya telah mati. Akhirnya makhluk yang tidak tahu mati, tetapi tidak bertuan itu telah membawa diri ke dalam belantara.

Maka aman tenteram penduduk kampung, tiada lagi gangguan makhluk aneh dan lolongan anjing.

Bagaimanapun rasa tenteram itu tidak bertahan lama, hanya kira-kira 28 bulan seseorang telah menyeru kembali hantu raya itu.

Tindakan itu dibantah oleh penduduk kampung, tetapi tidak dipersetujui oleh tuan baharu hantu raya.

Menurutnya, dia akan memberi nafas baharu dan hantu raya ini akan berperanan memastikan perpaduan penduduk kampung terpelihara.

Walaupun penduduk tidak mempercayai niat seseorang itu, tetapi dia berkeras untuk tetap menghidupkan kembali hantu raya.

Hingga hari ini perdebatan itu masih lagi berlangsung. Entah apalah nasib penduduk kampung selepas ini.

Dengar kata hantu raya itu diberi nama baharu seakan-akan nama hantu Korea Ju-on.

(Visited 5,655 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button