Luar Negara

Scholz Bertegas Perubahan Regim Di Russia Bukanlah Objektif NATO

BERLIN: Perubahan regim di Russia bukanlah objektif Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), walaupun Moscow melakukan pencerobohan terhadap Ukraine.

Perkara itu ditegaskan Canselor Jerman, Olaf Scholz, sehari selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, menggelar Vladimir Putin sebagai ‘tukang sembelih’ yang tidak boleh dibiarkan kekal berkuasa.

Scholz memberitahu saluran televisyen tempatan, ARD, bahawa perkara itu bukanlah objektif NATO mahupun Presiden AS.

“Saya berpeluang berbicara secara panjang lebar dengan beliau di Rumah Putih dan membincangkan mengenai pelbagai persoalan,” katanya.

Menurut Scholz, demokrasi, kebebasan dan keadilan mempunyai masa depan di mana saja.

“Bagaimanapun ia adalah hak rakyat dan setiap negara untuk memperjuangkan kebebasannya,” katanya.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, turut mengeluarkan kenyataan sama yang memberi amaran mengenai peningkatan serangan lisan terhadap Putin.

Sebelum ini, Biden menggelar Presiden Russia sebagai ‘tukang sembelih’ atas pencerobohannya terhadap Ukraine dan menegaskan bahawa Putih tidak boleh dibiarkan terus berkuasa, katanya ketika ucapan penggulungan di Warsaw.

Kenyataan itu menyebabkan Rumah Putih bertindak pantas untuk mengetepikan komen Biden. – AFP

(Visited 141 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button