NasionalUncategorized

Sindiket jual PLKS palsu: Bekas anggota Imigresen ditahan, jumlah sitaan berjumlah RM25 juta

SEORANG bekas anggota Imigresen yang disyaki membuka jalan untuk sindiket pemalsuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) antara lima individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, sehingga malam tadi juga sebanyak 147 akaun melibatkan 30 individu telah dibekukan dengan jumlah mencecah RM9.9 juta ringgit.

“Bekas pegawai Imigresen yang ditahan itu sudah lama tidak berkhidmat dan menjadi individu yang membuka jalan kepada sindiket ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas di Pejabat SPRM Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.


Terdahulu, SPRM mendedahkan pihaknya telah berjaya melumpuhkan sindiket yang mengeluarkan menggodam sistem Imigresen dan menghasilkan PLKS palsu.

PLKS itu dijual dengan harga bermula RM5,000 ke RM6,000 berbanding harga sebenar yang berharga kira-kira RM 2,100 mengikut levi.

Mengulas berkenaan jumlah sitaan, Azam berkata, jumlah sitaan setakat ini sudah mencecah RM25 juta.

“Sebanyak 30 unit hartanah berjumlah RM11 juta dan 66 buah kenderaan mewah berjumlah RM13 juta telah disita.

“Kita juga merampas pelbagai peralatan elektronik yang dipercayai digunakan untuk memproses PLKS palsu,” katanya. -SM

(Visited 103 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button