NegeriRencah Hidup

100 keluarga Pangsapuri Sena Kangar terima ikan keli percuma

KIRA-kira 100 buah keluarga di Pangsapuri Seri Sena, Kangar menerima sumbangan ikan keli segar pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Prihatin.

Sejumlah 130 kilogram (kg) ikan keli dari Ladang Super Fruit Valley di Chuping diedarkan kepada penduduk berkenaan.

Penduduk di sini juga bertuah apabila berpeluang bertemu dengan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang DiPertua MAIPs yang berkenan berangkat ke program ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Program agihan pada kali ini adalah hasil kerjasama CSR syarikat Fig Direct Sdn Bhd melalui MAIPs.

Pengarah Urusan Syarikat Fig Direct, Robin Lim berkata, beliau amat gembira kerana dapat berkongsi rezeki dengan penduduk di Pangsapuri Seri Sena, Kangar yang merupakan penempatan di bawah seliaan Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri Perlis.

Beliau berharap penduduk setempat dapat menikmati kesegaran ikan dari ladang miliknya itu.

Terdahulu daripada itu pihak MAIPs turut menyampaikan sesi taklimat berkaitan sumbangan zakat kepada para penduduk di Pangsapuri Seri Sena Kangar.- SM

(Visited 233 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button