Nasional

Permaisuri Johor, isteri TMJ tunai solat sunat gerhana matahari

Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berangkat menunaikan solat sunat gerhana matahari di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadut, Serkat dekat Pontian, Johor semalam.

Menerusi hantaran dan beberapa gambar yang dimuat naik dalam laman Facebook The Royal Johor, baginda diiringi isteri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Khaleeda Bustamam.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin dan doa selamat serta solat hajat. Ia disusuli taklimat mengenai Gerhana Matahari Analus (Cincin) yang disampaikan Penasihat Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Datuk Noh Gadut.

Jemaah kemudian menunaikan solat sunat gerhana matahari dan mendengar khutbah yang disampaikan Imam Besar Negeri Johor Makhadzir Abdan.

Sebelum berangkat pulang, Raja Zarith Sofiah dan Che’ Puan Khaleeda berkenan menyaksikan fenomena gerhana matahari itu menggunakan teleskop di pekarangan masjid.

Gerhana Matahari Anulus berlaku apabila bulan bergerak tepat di hadapan matahari dan disebabkan kedudukan bulan berada jauh sedikit daripada bumi serta saiz yang sedikit kecil, ia tidak dapat menutupi keseluruhan bentuk piring matahari.

— BERNAMA

(Visited 232 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button