Nasional

58 pulih COVID-19, 140 kes baharu dan 6 meninggal dunia

SEBANYAK 58 orang lagi telah pulih daripada jangkitan COVID-19 dan dibenarkan discaj dari wad pada hari ini. Menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah  sebanyak 537 kes.

Sementara itu sejumlah 140 kes baharu dikesan hari ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,766 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, seramai 94 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut 60 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu enam lagi kes kematian berkaitan COVID-19 dicatatkan dengan jumlah kumulatif kes  kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 43 kes.

Kes kematian ke-38 (kes ke-2269) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 48 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau merupakan kontak kepada kes ke-2750.

Mangsa telah dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan pada 25 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac 2020 jam 4.04 petang.

Kes kematian ke-39 (kes ke-2626) pula merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 69 tahun mempunyai sejarah menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Mangsa juga mempunyai sejarah perjalanan ke negara Arab Saudi. Beliau telah meninggal dunia pada 27 Mac 2020 di rumahnya dan jenazah beliau dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.

Kes kematian ke-40 (kes ke-2627) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 69 tahun yang mempunyai
latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Mangsa telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor. Dia disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 1:03 petang.

Kes kematian ke-41 (kes ke-1275) pula merupakan lelaki warganegara Indonesia berumur 40 tahun. Beliau telah
dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 20 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 1.38 pagi.

Kes kematian ke-42 (kes ke-2628) melibatkan lelaki warganegara Malaysia berumur 81 tahun dan mempunyai
latar belakang penyakit jantung.

Mangsa telah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 27 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 7.09 pagi.

Kes kematian ke-43 (kes ke-2629) juga merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 73 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit jantung.

Beliau telah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac 2020 jam 4.30 petang.-SM

 

 

 

(Visited 110 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button