Politik

Senarai 101 syarikat dikeluar atas dasar ketelusan, fakta – Tengku Zafrul

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan senarai 101 syarikat yang dikeluarkan adalah atas dasar ketelusan.

Menurutnya senarai itu juga diumumkan berikutan banyak pihak yang memintanya mengumumkan nama syarikat terbabit.

Jelas beliau, Seksyen 6(1) Akta Tatacara Kewangan 1957 membenarkan rundingan terus, sekali gus tiada sebab untuk perkara itu dipolitikkan.

“Selepas saya menjawab isu itu (di Parlimen), banyak permintaan daripada beberapa pihak (supaya) senarai projek tersebut dikeluarkan.

“Jadi, atas dasar ketelusan, saya buat keputusan untuk keluarkan senarai tersebut dan ia berdasarkan fakta.
“Ia bukan atas sebab siapa yang runding, (atau) bilakah ia ditandatangani. Kalau kita lihat, itu adalah data dan fakta menunjukkan LOA (Surat Anugerah) ditandatangan semasa PH (menjadi Kerajaan)
“Jadi, itu sahaja yang ingin saya sebut. Dan ini tidak perlu dipolitikkan. Ini fakta sahaja,” katanya kepada media selepas melancarkan Dana Penjana Nasional di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di sini hari ini.

 

Menurutnya,  selaku individu bertanggungjawab terhadap isu perbendaharaan negara dia hanya menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan di Dewan Rakyat.

Semalam Tengku Zafrul mengeluarkan senarai syarikat yang menerima tender daripada 20 kementerian secara rundingan terus bernilai RM6.61 bilion.-SM
(Visited 345 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button