MahkamahNasional

“Saya tak campur tangan kes Ahmad Zahid,” PM Anwar

DENGAN tegasnya, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa beliau tidak campur tangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilepaskan tanpa dibebaskan 47 pertuduhan.

Mengulangi kenyataannya, Perdana Menteri Anwar menegaskan beliau tidak campur tangan berhubung keputusan mahkamah untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalannya itu daripada semua 47 pertuduhan dihadapi oleh Presiden UMNO itu.

Perdana Menteri Anwar berkata, Peguam Negara Tan Sri Harun Idris mempunyai kuasa sepenuhnya dalam mengendalikan kes tersebut.

“Jaksa agung (peguam negara) ada wewenang (kuasa) sepenuhnya dan diberikan alasan-alasan. Saya berikan wewenang kepada jaksa agung kerana dia bicara tentang 200 halaman permohonan baharu oleh Datuk Seri (Ahmad) Zahid.

“…ini keputusan jaksa agung jadi saya tidak campur,” katanya apabila ditanya media tempatan mengenai isu tersebut selepas Program Temu Anwar di Jakarta malam tadi.

Ketika ditanya sama ada keputusan tersebut akan memberi persepsi tidak baik terhadap kerajaan, Anwar berkata:

“Ia tidak menjejaskan kredibiliti Kerajaan.”

Anwar juga menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya yang keras membanteras rasuah.

Tan Sri Idris Harun

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar 11 alasan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar untuk menghentikan prosiding kes berkenaan.

Ahmad Zahid sebelum ini telah menghantar surat representasi setebal 200 muka surat kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) sebagai asas pertimbangan supaya pertuduhan terhadapnya digugurkan.

Surat representasi pertama dikemukakan pada Januari lalu manakala yang terbaharu, lengkap dengan fakta dan bukti baharu, dihantar kepada Jabatan Peguam Negara, AGC pada Februari lalu. – SUMBER BERNAMA – SM

BACA Selepas 5 tahun: Zahid Hamidi dilepaskan tanpa dibebaskan

BACA Zahid dilepaskan: Muhyiddin mahu Anwar ambil tanggungjawab

(Visited 61 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button