Politik

MP DAP minta PM selamatkan penyeludup dadah OKU dari hukuman mati

SEORANG Ahli Parlimen DAP Kasthuri Patto menuntut agar Perdana Menteri campur tangan dalam pelaksanaan hukuman mati terhadap warga negara Malaysia, K. Nagaethran di Singapura kerana mengedar dadah.

Ahli Parlimen Batu Kawan itu berkata, ketika ini adalah masanya untuk Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunjukkan betapa pentingnya konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang diperjuang beliau berfungsi terhadap rakyat,

Menurut Kashuri, Nagaethran mempunyai masalah kesihatan intelektual dengan kadar kepintaran sebanyak 69 sahaja.

“Saya harap dengan komen Perdana Menteri mengenai saranan Keluarga Malaysia, jangan lupa Nagaethran salah seorang daripadanya.

“Kami tidak menafikan seseorang yang yang melakukan kesalahan beliau patut dihukum, itu tiada kompromi tetapi beliau ada masalah kesihatan intelektual, Nagaethran punya kadar kepintaran 69 sahaja, kami tidak minta dia dibebaskan tapi hanya mahu dia tidak dijatuhkan hukuman mati pada 10 November ini.

“Saya harap kerajaan Malaysia seperti mana gah dalam isu Palestin, Syria, Ughur dan sebagainya kena gah juga dalam isu hak asasi manusia,” katanya seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaGazzate.

Ahli Parlimen tersebut turut menerima satu memorandum oleh Anti Death Penalty Asia Network di perkarangan Parlimen hari ini.

Pada 2011, Nagaethran yang bekerja di Singapura disabitkan bersalah kerana menyeludup 42.27 gram diamorphine yang lebih dikenali sebagai heroin.

Pasukan pembelaan Nagaenthran dilaporkan membangkitkan berkenaan kecacatan mental lelaki itu selepas disabitkan bersalah.

Tertuduh didiagnosis oleh pakar perubatan dengan ketidakupayaan intelek pinggiran (borderline intellectual disability) dengan IQ 69 iaitu lebih rendah daripada IQ purata manusia biasa antara 85-115.-SM

(Visited 373 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button