Hiburan

Ada lelaki tunjuk kemaluan ketika Elvina buat ‘IG live’

PELAKON, Elvina Mohamed berdepan detik mengejutkan apabila sesi siaran langsung di akaun Instagram (IG live) miliknya tiba-tiba dimasuki lelaki tak dikenali sambil menunjukkan kemaluannya.

Menurut Elvina, perkara tersebut terjadi selepas seorang daripada rakannya meminta untuk turut serta dalam IG live tersebut.

“Jadi rakan saya, Zawa pun terus masukkan rakan saya. Tak sangka yang masuk adalah orang lain. Individu itu telah godam IG live kami dan menunjukkan kemaluannya.

“Saya memang terkejut dengan apa yang terjadi. Saya pesan kepada semua tolonglah berhati-hati ketika IG live kerana ini bukan kali pertama individu tersebut menggodam IG live orang lain,” katanya.

Elvina turut memberi amaran kepada individu tersebut supaya tidak menjadikan media sosial sebagai tempat melepaskan nafsu dan melakukan perkara tidak senonoh.

Malah, pelakon itu turut menyatakan rasa trauma terhadap kejadian yang tidak disangka akan berlaku itu. -SM

(Visited 1,688 times, 6 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button