NasionalRibut

40 rumah di Perlis rosak dibadai ribut

KEJADIAN hujan lebat berserta ribut yang melanda beberapa kawasan sekitar Perlis pada kira-kira pukul 10.30 pagi tadi menyebabkan kira-kira 40 buah rumah rosak teruk.

Suara Merdeka  juga difahamkan, selain itu berlaku beberapa kejadian pokok tumbang yang merintangi  jalan raya.

BUMBUNG rumah tercabut dan melayang dibawa angin ekoran ribut yang melanda hari ini di Perlis.

Pengarah Meteorologi Perlis, Mohd. Saharudi Saad berkata, kelajuan angin yang direkodkan paling kuat pada pukul 10.37 pagi ini adalah setinggi 27 knot.

Katanya, ia telah dicatatkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis.

Berikutan itu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah bertindak segera melakukan bancian ke atas penduduk kampung terlibat.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, pihaknya turun padang untuk meninjau keadaan rumah yang terlibat dalam kejadian ini.

“Ini akan membolehkan bantuan dapat disalur bagi memperbaiki rumah yang telah rosak,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini hasil bancian ke kawasan Zon Utara, pihaknya mendapati 18 buah rumah rosak akibat ribut.

“Ia melibatkan Kariah Paya sebanyak enam buah, Kariah Mata Ayer (10) dan masing-masing sebuah di Kariah Lubuk Sireh dan Kariah Padang Pauh,” katanya.

Selain itu, katanya, 15 buah rumah melibatkan Zon Timur iaiu Kariah Panggas (10), Kariah Kubang Perun (4) dan sebuah di Kariah Ulu Pauh.

Selain itu, katanya Zon Tengah pula melibatkan tujuh rumah di mana Kariah Kuala Perlis, masing-masing sebuah di Kariah Batu 5, Kariah Abi, Kariah Kurung Batang dan Kariah Wang Besar.

PENDUDUK kampung memotong untuk mengalihkan pokok tumbang yang merentang di atas jalan raya akibat ribut yang melanda di Perlis, hari ini.

Beliau berkata, tindakan dan penyelarasan akan dilaksanakan termasuk dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).- SM

(Visited 408 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button