Travel

Nikmati makanan Thailand sambil berpeluang bercuti di Krabi

Peminat makanan Thailand boleh rasai sendiri masakan asli di Star Grocer dan Whole Food Express yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur, Selangor dan Kuantan sempena acara ‘’ThaiStar Select’’ serta menawarkan pelbagai rangkaian produk Thai.

Rangkaian produk Thai

Pelbagai pilihan makanan yang mengagumkan dan terdapat 300 SKU buah-buahan dan sayur-sayuran malah terdapat barangan runcit, snek, kuih muih, produk sejuk dan banyak lagi barangan dari negara itu.

Lebih menarik para pegujung boleh melihat sendiri demonstrasi masakan dan persembahan tradisional Thai.

Menurut Pengarah DITP Malaysia, Worawan Wanwil, yakin bahawa kerjasama sulung membawakan produk terbaik dari Thai ini akan menerima sambutan masyarakat Malaysia.

Pengarah DITP Malaysia, Worawan Wanwil,

“Acara ini menandakan perkongsian sulung kami, dan kami mempunyai keyakinan penuh bahawa gabungan produk yang terbaik dan sambutan hangat daripada masyarakat Malaysia akan membuahkan hasil yang luar biasa. Jumlah jualan yang dijangkakan untuk acara ini melebihi RM400 ribu,” katanya.

Selain itu para pegujung boleh menyertai sesi cabutan bertuah dengan pembelian produk Thai bernilai RM40 ke atas hanya terdapat di KSL Esplanade Mall dan Star Grocer Paramount.

Malah pertandingan TikTok turut dianjurkan, memberi peluang pembeli mempamerkan produk Thai serta berpeluang memenangi hadiah hebat seperti percutian ke Krabi, Airpod dan lain-lain.

Artikle Berkaitan :>

Pavilion Malaysia di Thailand Franchise and Business Opportunity 2023 sasar RM30 juta pelaburan

Pelancong Thai disaran teroka dan bermalam di Perlis

(Visited 50 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button