Nasional

Sidang Parlimen ditangguh ke 5.15 petang terdapat kes Covid-19

SIDANG Dewan Rakyat ditangguhkan ke pukul 5.15 petang berikutan terdapat dua kes Covid-19 di Parlimen.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata terdapat dua kes positif Covid-19 dikesan sejak Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berlangsung pada Isnin lalu.

Menurutnya berdasarkan surat daripada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, satu kes dikesan terhadap seorang petugas yang telah hadir ke Parlimen sejak Isnin lalu sehingga semalam. Kes positif kedua pula dikesan hari ini.

Serentak itu beliau meminta semua ahli parlimen dan kakitangan yang bertugas di Parlimen untuk menjalani ujian Covid-19 dan tidak dibenarkan keluar sehingga keputusan diperolehi.

“Penilaian risiko berdasarkan maklumat siasatan awal mendapati kedua-dua kes tersebut telah berada di beberapa lokasi di sekitar Parlimen semasa tempoh tersebut.

“Sehubungan itu dipohon saringan gejala dan ujian pengesanan Covid-19 dijalankan ke atas semua yang hadir di Parlimen Malaysia termasuklah semua ahli Parlimen, pegawai dan pekerja-pekerja.

“Tiada siapa dibenarkan keluar daripada kompleks parlimen sehingga keputusan ujian saringan dilakukan di pintu 3 utama blok yang akan beroperasi sejak semalam,” katanya sejuruh memulakan persidangan pada pukul 3.30 petang.

Menurut Mohd Rashid, ahli parlimen akan diberikan keutamaan untuk menjalankan ujian Covid-19.

“Mesyuarat ditempohkan sehingga pukul 5.15 petang. Peraturan Mesyuarat 12(2). Sekian terima kasih,” tambah beliau.

Mesyuarat Dewan Rakyat ditangguhkan dua kali pagi tadi selepas Istana Negara mengeluarkan kenyataan berkaitan Oridnan Darurat.

Persidangan yang disambung semula pada pukul 2.30 petang menyaksikan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman Said menangguhkan persidangan ke pukul 3.30 petang.

 

 

(Visited 102 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button