Lifestyle

Sidang Kemuncak Minyak Zaitun 2025 Dedah Fakta Mengejutkan Tentang Kualiti Produk

BUAT julung kalinya, pemain industri minyak zaitun di negara ini — merangkumi pengeluar, pemasar, pengguna, ahli akademik dan agensi berkaitan — berkumpul dalam satu platform ilmiah menerusi penganjuran Olive Oil Summit 2025. Persidangan ini dianjurkan hasil kerjasama strategik antara Fakulti Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan syarikat tempatan, Olive Jardin Sdn. Bhd.

Penganjuran acara ini tercetus daripada inisiatif penyelidikan bersama yang dijalankan pada tahun 2024, melibatkan kajian mendalam terhadap manfaat kesihatan minyak zaitun. Kajian tersebut diketuai oleh Dr. Noor Azlina Abu Bakar dari Fakulti Perubatan UniSZA bersama Ketua Jabatan Penyelidikan & Pembangunan Olive Jardin, Dr. Suhana Samat.

Menurut Dr. Noor Azlina, kajian mereka memberi fokus kepada tiga variasi minyak zaitun yang dipasarkan sebagai extra virgin olive oil (EVOO), termasuk produk tempatan Zouitina Prestige (ZPEVOO) daripada Olive Jardin.

“Tujuan utama persidangan ini adalah untuk berkongsi dapatan kajian secara telus kepada masyarakat, terutamanya mengenai isu pemalsuan label dan perbezaan ketara kualiti minyak zaitun yang berada di pasaran,” jelas beliau.

Sebagai langkah ketelusan, semua sampel dalam kajian dihantar ke makmal bertauliah di Sepanyol yang menerima akreditasi daripada International Olive Council (IOC). Penilaian merangkumi analisis fizikal-kimia serta organoleptik (bau dan rasa). Hasilnya, salah satu sampel (EVOO B) gagal menepati piawaian EVOO dan diklasifikasikan sebagai Lampante Olive Oil (LOO) — gred yang tidak sesuai untuk dimakan terus dan perlu diproses menjadi Refined Olive Oil (ROO).

“Penemuan ini amat signifikan. Ia mengesahkan kewujudan isu pemalsuan label yang telah lama dilaporkan oleh pakar industri dan menimbulkan risiko kepada pengguna yang tidak sedar akan perbezaan antara EVOO dan LOO,” tambah Dr. Noor Azlina.

Dalam persidangan ini, pelbagai panel ilmuwan turut membentangkan topik-topik penting:

  • Datuk Dr. Haji Anhar Haji OpirPanduan Agama Tentang Minyak Zaitun

  • Prof. Dr. Harmy Mohamed YusoffMekanisme & Manfaat Kesihatan Minyak Zaitun Extra Virgin

  • Dr. Noor Azlina Abu BakarPerubatan Berasaskan Bukti: Kajian Terkini di UniSZA

  • Dr. Noor Azuin SulimanKesan Pengambilan Minyak Zaitun LOO Berdasarkan Kajian

  • Dr. Suhana SamatPerbandingan Aroma, Tekstur & Rasa EVOO: Tuaian Awal vs Lewat

Ketua Pegawai Eksekutif Olive Jardin, Muhd Shakir As-Salam turut hadir memeriahkan majlis.

Penganjur berharap, Olive Oil Summit 2025 bukan sahaja menjadi medan penyebaran ilmu, tetapi juga menjadi titik tolak kepada gerakan kesedaran nasional terhadap pemilihan minyak zaitun yang tulen dan berkualiti tinggi — demi kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button