
Sidang ASEAN 23 Mei ini, Elak 6 Lebuh Raya & 25 Jalan Ini Kalau Tak Nak Tersangkut!
SEBANYAK enam lebuh raya utama dan 25 jalan utama di sekitar Lembah Klang akan ditutup secara berperingkat bermula 23 hingga 28 Mei 2025 sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang bakal berlangsung di ibu negara.
Penutupan jalan tersebut dilaksanakan bagi memastikan kelancaran pergerakan delegasi antarabangsa serta menjamin keselamatan sepanjang acara diplomatik berprestij itu.

Menurut kenyataan pihak berkuasa, penutupan akan berlangsung secara berkala antara jam 8 pagi hingga 8 malam, dengan setiap sesi dijangka memakan masa antara 30 hingga 45 minit.
Antara laluan yang terlibat termasuk:
Enam lebuh raya utama:
-
Lebuhraya ELITE
-
Lebuhraya NKVE
-
Lebuhraya GUTHRIE
-
Lebuhraya MEX
-
Lebuhraya KL–Seremban
-
Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari Sungai Buloh ke Jalan Duta
25 jalan utama sekitar Kuala Lumpur:
-
Jalan Sultan Ismail
-
Jalan Ampang
-
Jalan Imbi
-
Jalan Tun Abdul Razak
-
Jalan Parlimen
-
Jalan Damansara
-
Jalan Kuching
-
Jalan P. Ramlee
-
Jalan Perak
-
Jalan Pinang
-
Persiaran KLCC
(Senarai penuh akan dikemaskini menerusi saluran rasmi pihak berkuasa)
Beberapa lokasi penting termasuk Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Istana Negara, serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) turut tersenarai dalam laluan yang akan dikawal.
Raptai dan Persiapan
Sebagai persiapan awal, raptai pergerakan konvoi akan dijalankan pada 21 dan 22 Mei 2025 yang melibatkan laluan-laluan utama serta penempatan anggota pengiring keselamatan.
Orang awam dinasihatkan agar merancang perjalanan lebih awal serta mengelakkan laluan yang terlibat bagi mengurangkan kesesakan. Penggunaan pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan bas RapidKL amat digalakkan sepanjang tempoh sidang berlangsung.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini laluan semasa, orang ramai boleh merujuk kepada saluran rasmi seperti media sosial PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Kementerian Pengangkutan.