Rencana

Teruja cadangan laluan khas basikal, orang ramai minta kerajaan lokasi lain juga

SELEPAS Menteri Wilayah Persekutusan, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan mengubah suai laluan motosikal di Putrajaya kepada laluan khas basikal, ramai yang teruja.

Lantas mereka mencadangkan kerajaan turut mengkaji laluan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan, Lebuh Raya Guthrie dan beberapa buah lebuh raya lain.

Logiknya kerana kebanyakan laluan itu jarang digunakan oleh penunggang motosikal kerana mereka lebih gemar menggunakan laluan kenderaan biasa.

Jadi lebih baik laluan motosikal itu diubah menjadi laluan basikal.

Dalam pada itu rata-rata peminat aktiviti berbasikal menyatakan keterujaan ekoran pengumuman menteri berkenaan.

Sebelum ini media melaporkan tentang konflik keselamatan apabila basikal menggunakan lebuh raya untuk berbasikal.

Berikutan itu polis memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas termasuk saman maksimum hingga RM1,000.

Kebanyakan penunggang basikal memilih berkayuh di lebuh raya kerana tidak mempunyai laluan yang sesuai untuk aktiviti berbasikal.

Setakat ini Pulau Pinang sahaja mempunyai laluan khusus untuk basikal sepanjang 200 kilometer.

 

(Visited 88 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button