Ekonomi

KIA lancar kereta elektrik K3 di China tahun depan

KIA Motors Corp, pembuat kereta kedua terbesar Korea akan melancarkan kereta eletrik model K3 kompak di pasaran China mulai awal tahun depan, lapor agensi berita Yonhap.

Buat masa ini Kia hanya menjual dua model baharu iaitu K3 sedan 1.6 liter menggunakan petrol dan versi hibrid.

Semua model kereta versi elektrik akan dijual pada suku pertama tahun 2020, kata syarikat itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pengeluar kenderaan sedan K5 dan Sorento SUV itu melancarkan model sifar pelepasan di Pameran Moto Antarabangsa China ke-17 bermula Jumaat hingga 1 Disember.

SUV KX3 baharu turut dipamerkan buat pertama kali pada pameran itu.

Kia berkata syarikat turut bercadang untuk melancarkan SUV KX3 1.5 liter dengan enjin petrol dan dilengkapi pemboleh ubah pintar.

Model lain yang turut dipamerkan termasuk kereta hibrid K5, Sportage SUV dan coupe EV Futuron, sebelum ini telah diperkenalkan di Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) awal bulan ini. – BERNAMA

(Visited 160 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button