Ekonomi

Bank Rakyat umum dividen 15% bagi tahun kewangan 2021

MENTERI Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh bin Haji Omar, hari ini mengumumkan pembayaran dividen Bank Rakyat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 sebanyak 15% dengan jumlah pembayaran sebanyak RM429.50 juta. Ia lebih tinggi berbanding 13 peratus yang diumumkan bagi tahun kewangan 31 Disember 2020.

Menurut Tan Sri Noh, pembayaran dividen kepada anggota akan mula dibuat mulai hari ini (25 April 2022).

Sementara itu, beliau berkata Kumpulan Bank Rakyat meneruskan sokongan terhadap mandate tahunan untuk ekosistem koperasi dengan menyumbang sebanyak 2% daripada keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah 32.30 juta disumbang kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dan 1% bersamaan RM16.15 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi.

“Jumlah sumbangan bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM48.45 juta,” tambah beliau.

Ketika sesi sidang media tersebut, Tan Sri Noh turut mengucapkan terima kasih kepada semua anggota dan pihak berkepentingan atas sokongan yang diberikan kepada Kumpulan Bank Rakyat sepanjang tahun ini. – SM

Baca artikel ini > Bank Rakyat umum dividen 14% bagi 2019

(Visited 713 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button