Nasional

Fahmi sasar capaian internet lebih pantas di sekolah di Lembah Pantai

Capaian kepada internet yang lebih pantas adalah salah satu keutamaan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sebagai inisiatif membantu 12 sekolah di dalam kawasan Parlimen Lembah Pantai tahun ini.
Memetik BERNAMA, Beliau berkata, usaha itu adalah kesinambungan kepada inisiatif yang dilaksanakannya tahun lepas iaitu membaik pulih prasarana internet di sekolah-sekolah.
“Tahun lepas di Lembah Pantai saya menyediakan peruntukan hampir RM1 juta untuk membaik pulih prasarana internet di sekolah-sekolah dengan pemasangan akses point tambahan.
“Selepas ini kita akan teliti keperluan internet di bilik darjah selain daripada pusat sumber, makmal dan bilik guru. Kita akan fokus kepada internet yang lebih pantas selain daripada peralatan yang mungkin belum mencukupi. Ini yang kita akan usahakan tahun ini,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika ditemui selepas Program Sumbangan Alat Peranti kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Saraswathy, di sini, hari ini.
Terdahulu Fahmi menyerahkan enam komputer riba dan sebuah projektor sumbangan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) kepada Guru Besar SJKT Saraswathy, Sitha Tangavaloo untuk kegunaan sekolah.
Mitra dengan kerjasama Google Malaysia membekalkan sejumlah 6,000 unit bantuan komputer riba kepada sejumlah 525 buah SJKT di seluruh negara dengan anggaran kos RM3 juta. – SM
(Visited 14 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button