Ekonomi

Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi dalam sesi dagangan awal

Bursa Malaysia memulakan urusa niaga dalam aliran tinggi pada sesi awal dagangan hari ini. Pada jam 9.05 pagi, penanda aras FBM KLCI telah meningkat 1.50 mata kepada 1,584.96 dari penutupan semalam pada 1,583.46.

Kaunter untung mengatasi rugi 214 hingga 151, sementara 296 kaunter tidak berubah, 1,542 tidak diniagakan dan lima yang lain digantung. Jumlah dagangan berjumlah 265.64 juta bernilai RM110.33 juta. Sementara itu pasaran saham utama Asia diniagakan tinggi pada sesi awal dagangan hari ini.

Ringgit pula diniagakan tinggi pada 4.125 berbanding Dolar AS daripada 4.129 yang dicatatkan petang semalam. Manakala Ringgit diperdagangkan bercampur-campur dengan mata wang utama yang lain.

Ringgit meningkat sedikit berbanding Dolar Singapura kepada 3.0913 dari penutupan semalam pada 3.0915 dan mengukuh berbanding Yen kepada 3.7768 daripada 3.7808.

Namun demikian, unit tempatan turun berbanding Pound Britain kepada 5.8365 daripada 5.8223 dan jatuh berbanding Euro kepada 5.0144 dari 5.0184. – SM

(Visited 101 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button