Luar NegaraUncategorized

Empat lelaki rogol wanita dalam bas dihukum gantung

MAHKAMAH India menjatuhkan hukuman gantung kepada empat lelaki atas kesalahan merogol dan membunuh seorang wanita di dalam bas.

Menurut perintah yang dikeluarkan, tiada keraguan munasabah dan bukti untuk menunjukkan empat lelaki terbabit tidak dikenakan hukuman.

“Kami telah membuat petisyen dan memiliki semua dokumen berkaitan.

“Pada pendapat mahkamah, hukuman yang dijatuhkan tidak melanggari mana-mana perintah atau permohonan,” katanya seperti dilaporkan portal Channel News Asia (CNA).

Empat lelaki yang didakwa terlibat dalam kes tersebut didapati bersalah kerana melakukan kesalahan rogol dan bunuh dalam sebuah bas di New Delhi pada 2013.

Justeru, mahkamah menetapkan gantung dijatuhkan pada 22 Januari nanti.

Keganasan seksual dan rogol merupakan masalah besar di India iaitu satu kes bagi setiap 20 minit. Kes sedemikian pernah mendatangkan kemarahan seluruh rakat India

(Visited 619 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button