Berita

Pengundi harus percaya wibawa Dr. Sahruddin Jamal di Bukit Kepong

PAGOH 2 Mac – Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, Datuk Dr. Sahruddin Jamal tidak lagi layak untuk duduk sebagai Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas (MPIB).

Sebaliknya kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Malaysia, Dr. Sahruddin yang juga calon Parti Perikatan (PN) bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong hanya layak menduduki jawatan lebih tinggi berbanding di MPIB.

Menurutnya, calon Bukit Kepong itu cukup berpengalaman kerana pernah menjadi Menteri Besar Johor ke-17 selama sepuluh bulan dua minggu pada 14 April 2019.

“Sewajarnya Dr. Sahruddin kembali semula memegang jawatan yang pernah disandangnya dan untuk itu pengundi di Bukit Kepong sepatutnya terus mengekalkan beliau pada 12 Mac ini.

“Sewaktu menjadi Menteri Besar Johor, beliau banyak membantu membangunkan Johor serta masyarakat di Pagoh khususnya di Bukit Kepong.

“Ada bukti, ada sejarah dan ada rekod yang baik sebagai Menteri Besar Johor,” ujarnya berucap pada majlis Jelajah Industri Dialog Agromakanan negeri Johor di Pau Mira Frozen Food, Kampung Tanah Merah, Pagoh, hari ini.

Justeru Kiandee meminta seluruh pengundi di Bukit Kepong untuk.memberi kepercayaan kepada Dr. Sahruddin kekal lagi sebagai wakil rakyat di DUN berkenaan buat penggal kedua.

“Saya tahu penduduk di Johor khususnya di Pagoh dan Bukit Kepong bijak serta tahu menilai dan memilih calon yang sesuai iaitu Dr. Sahruddin untuk menang dan bakal memegang semula jawatan Menteri Besar jika PN menang pada 12 Mac ini,” ujarnya lagi.

Kerusi DUN Bukit Kepong menyaksikan pertandingan empat penjuru.

Sahruddin akan berdepan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamad; Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA; Nurafiqah M. Zulkifli dan Penyelaras Pejuang Parlimen Muar, Md. Taib Md. Suhut.

(Visited 211 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button