Politik

Siapa yang berunding dengan Anwar, tanya Annuar

PIHAK mana dalam UMNO yang telah melakukan rundingan dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Anwar Ibarhim untuk mengadakan kerajasama.

Persoalan itu dibangkitkan oleh Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa selepas Ketua Pembangkang itu memberitahu bahawa ketika ini hanya terdapat perbicangan dengan beberapa pemimpin UMNO.

Annuar menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Anwar dalam sidang khas semalam bahawa tiada kerjasama rasmi dengan UMNO sebagai u-turn.

“Sebelum ini Anwar mengesahkan ada rundingan UMNO-Anwar peringkat pimpinan. Kemudian Tok Mat Hassan buat kenyataan beliau tak tahu menahu.

“Parti tak tahu. Jadi siapa yang berunding dengan Anwar? Akar umbi terus keliru. Ramai yang tidak setuju. Kata Datuk Seri Azalina kerjasama antara parti tak boleh diputuskan oleh seorang saja. Siapa yang seorang itu?

“Menyedari reaksi negatif akar umbi, DSAI buat kenyataan u-turn terus berdrama,” kata Annuar.

Dalam sidang akhbarnya semalam Anwar meminta supaya tidak ada mana-mana pihak mengandaikan seolah-olah sudah terdapat persefahaman kerjasama antara PKR dan UMNO.

Ketua Pembangkang itu berkata, yang ada ketika ini cuma perbincangan awal yang dilakukan antara beberapa kepimpinan kedua-dua parti tersebut.

“Jangan mengandaikan hal ini seolah-olah ada satu persefahaman dan saya lihat banyak komentar seolah sudah ada perjanjian, kemudian bangkitlah soal kluster mahkamah, soal siasatan.

“Saya sebut istilah perbincangan tidak timbul lagi soal kerjasama. Kerjasama ini rasmi. Ini belum rasmi,” kata Anwar.

Anwar berkata, apa yang berlaku ketika ini adalah naratif baru dalam politik negara yang sebelum ini penuh dengan permusuhan dan kezaliman.

Justeru beliau terbuka untuk berbincangan dengan sesiapa sahaja.

“Naratif ini baru. Dalam negara kita ini politik kita penuh dengan permusuhan dan kezaliman. Tak setuju tangkap, dera, masuk penjara, pukul. Ini kena henti.

“Sebab itu bagi saya, saya terbuka. Untuk bincang dengan sesiapa sahaja,” jelas Anwar.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini mendakwa tidak tahu-menahu wujudnya perbincangan antara parti itu bersama PKR bagi membentuk jalinan kerjasama baharu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Malah ujarnya, beliau tidak dimaklumkan mengenai sebarang pertemuan bagi membincangkan isu berkenaan.
“Itu saya tidak tahu, saya tidak ada, jadi saya tidak tahu,” katanya.-SM
(Visited 367 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button