Politik
Trending

Siapa undi setuju, bantah lantik Yang Dipertua baharu?

KENAPA tiba-tiba ada yang mempersoalkan undian yang dilakukan semalam bagi usul pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu.

Persoalan sedemikian dibangkitkan Ahli Parlimen termasuk enam daripada blok bebas yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ini kerana mereka mendakwa tidak membuat sebarang undian semalam walaupun dimaklumkan 111 undi setuju singkir Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof.

Sementara 109 lagi mengundi sebaliknya. Dua Ahli Parlimen tidak mengundi dengan salah seorang daripadanya tidak hadir Sidang Dewan Rakyat semalam.

Justeru, mereka menyifatkan situasi sedemikian sebagai ‘agak pelik’ kerana undian tidak dilakukan bagi menyingkir Mohamad Ariff dan melantik Datuk Azhar Harun.

BACA > Bukan Tun Mahathir cadang nama saya sebagai PM – Shafie — Suara Merdeka

“Kami menegaskan speaker yang ada hari ini bukanlah yang dipilih ahli Dewan Rakyat kerana proses pengundian tidak diadakan.

“Parlimen merupakan gedung bercakap. Suara rakyat mesti dimartabatkan melalui wakil rakyat di Parlimen.

“Apabila kedaulatan undang-undang diketepikan, institusi demokrasi negara akan tercemar dan terhakis.”

Kata  mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini yang dipetik laporan portal Free Malaysia Today.

Ahli Parlimen yang mempersoalkan undian itu selain Dr. Mahathir (Langkawi) adalah, anaknya Datuk Seri Mukhriz (Jerlun) dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar).

Tiga lagi adalah, Dr. Maszlee Malik (Simpang Renggam), Datuk Amiruddn Hamzah (Kubang Pasu) dan Datuk Dr. Shahrudidin Md. Salleh (Sri Gading).

BACA > Tak jadi beli saham Tan Sri Rashid Manaf — Suara Merdeka

Usul menyingkirkan Mohamad Ariff sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat diluluskan dengan perbezaan 2 undi.

Perbezaan itu hasil daripada 111 ahli Parlimen menyokong berbanding 109 wakil rakyat Pakatan Harapan yang menolaknya.

Usul menyingkir Mohamad Ariff dan melantik bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibawa oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto turut mempersoal undian penyingkiran Mohamad Ariff dan pelantikan Azhar sebagai Yang Dipertua.

Beliau juga mempersoal siapa yang membuat undian dan pesoalan tersebut seolah-olah tiada proses kutipan undi daripada Ahli Parlimen dibuat.

Susulan pelantikan Azhar, Ahli Parlimen Pengerang dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu menggantikan Nga Kor Ming.

BACA > Pengiktirafan Penuh LPQB: Sampai bila USIM harus menunggu? — Suara Merdeka

Nga Kor Ming bagaimanapun sebelum itu meletakkan jawatan sebaik sahaja usul penyingkiran Mohamad Ariff diluluskan. – SM

(Visited 194 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button