Parlimen

Siapa takut mati, siapa tak takut mati ‘modal’ selitan perbahasan Belanjawan Tun Mahathir

BAHAS di Parlimen dengan realiti kehidupan yang dilalui oleh rakyat dari sehari ke sehari adalah dua perkara yang berbeza.Tun Dr. Mahathir Mohamad bolehlah bercakap dan mempertikaikan Belanjawan 2021 dan menganggap ia adalah belanjawan gergasi dengan mempersoalkan dari manakah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diterajui oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat wang sebanyak RM3 ratus 22 bilion yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2021.

Bajet yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz hampir seminggu yang lalu dibahas oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat sehingga ke hari ini sama ada meluluskan atau tidak Belanjawan 2021.

Jika Tun Mahathir dengan parti barunya yang masih tergantung pendaftaran ROS menyatakan pendirian berkecuali, sokong tau tidak bajet itu, rakyat marhaen harus meneruskan kehidupan.

Mencipta peluang pekerjaan bagi mereka yang memiliki motosikal bagi membuat penghantaran barangan yang dibeli, turut disentuh oleh Tun Mahathir dalam perbahasannya pagi ini di Dewan Rakyat.

Ya benar kata Tun Mahathir, ada pendapatan untuk golongan ini dan mereka yang membuat jualan atau bisnes secara online atau dalam talian.

Akan tetapi tidak pula Tun Mahathir sentuh soal kumpulan yang mempunyai kuasa beli atau purchasing power. Dari mana pembeli nak membeli jika wang tiada di tangan. Pendek kata, situasi ini adalah dua hala – nak jual barang dan ada penghantaran dengan nak beli barang guna duit!

Pada hemat Tun Mahathir, Belanjawan Gergasi  melibatkan RM3 ratus 22 bilion dalam pembentangan bajet tempoh hari, tidak pula diumumkan atau diperkenalkan cukai baharu.

Sedangkan keadaan ekonomi negara merosot teruk dan sekali lagi, sebagai bekas Perdana Menteri yang beberapa kali membuat pembentangan belanjawan negara, kata Tun Mahathir dalam dewan Parlimen tadi, Belanjawan 2021 ini mengalami defisit.

Defisit yang dialami, ujar beliau, seolah-olah PN tidak amil berat .

“Tak cukup duit, hutang… RM 1.3 trilion jumlah hutang kerajaan. Hutang, bayar hutang, tak kurangkan bayar hutang. “Sebenarnya tidak perlu belanjawan sebegini besar melainkan untuk mengatasi masalah sosial, ekonomi, wabak Covid-19,” kata Tun Mahathir.

Dalam perbahasannya tadi, Tun Mahathir turut menyentuh tentang kaedah mengeurangkan jumlah menteri dan timbalan menteri dalam barisan Kabinet.

“Boleh kurangkan jumlah menteri, timbalan menteri dalam waktu wabak Covid-19 ini.

“Belanjawan juga tidak harus menaikkan 520 peratus, tidak perlu memperuntukan pembangunan pejabat RM 160 juta Kementerian Perdagangan Antarabangsa, RM64.4 juta di seberang laut, 231 pejabat Kementerian Dalam Negeri dan banyak lagi. “Apa perlu peruntukan Pejabat Jabatan Perdana Menteri ditambah dari RM7.9 bilion tahun 2020 kepada RM11.7 bilion.

“RM125 juta ringgit untuk Kompleks Angkasaupuri diperuntukan dan projek ini boleh sahaja ditangguhkan.

“Kita perlu bayar hutang RM39 bilion iaitu hutang yang diambil oleh kerajaan kleptokrat dahulu. Hutang ini sudah hilang sama sekali kerana tak labur,” tegas Tun Mahathir.

Saranan Tun Mahathir, tanganilah dengan baik pendamik Covid-19 sambil dengan sinis, menyindir Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah… “Tahniah Dr. Noor Hisham kejayaannya. Saya tak fikir dia tak takut mati. Semua akan mati.” – SM

 

 

(Visited 270 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button