Hiburan

Baguslah PKP, putuskan rangkaian sebab kita nak kerja, ada anak kecil – Fizz Fairuz

PENGUMUMAN Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan semalam disambut baik sebagai langkah segera mengekang penularan Covid-19.

Antara yang bersetuju dengan perintah tersebut ialah pelakon, Datuk Mohd Fairuz Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Fizz Fairuz.

Menurut Fizz, tidak mengapa jika tidak boleh bekerja dalam masa dua minggu asalkan boleh bekerja seperti biasa selepas Covid-19 selesai.

“Alhamdulillah, kita PKP semula, Bagi turun balik supaya kita boleh kerja semula. Kita buat untuk negara kita.

“Saya nak kerja, ada anak kecil. Sebab itu kita kena putuskan rangkaian Covid-19 ini,” katanya.

Ujarnya lagi, PKP selama dua minggu adalah keputusan yang terbaik untuk memutuskan rangkaian Covid-19.

Jelasnya, dia bukan gembira dengan keputusan PKP kerana boleh duduk di rumah, sebaliknya mahukan kehidupan yang normal seperti dahulu.

“Saya nak jadi rakyat biasa balik. Boleh lakukan macam-macam perkara. Sekarang nak keluar rumah pun takut sebab kes hingga 2,000 ke 3,000 sehari,” tambahnya. -SM

(Visited 287 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button