Nasional

Siapa nak beli akaun twitter meh masuk tender, sindir Adibah Noor

PENYANYI dan pelakon Adibah Noor secara sindiran mempelawa mana-mana agensi kerajaan yang berminat untuk membeli akaun twitternya secara tender.

Sindiran itu dipercayai ditujukan kepada sebuah agensi kerajaan yang didakwa membeli akaun Twitter milik seorang individu sebelum dijadikan sebagai profil media sosial rasmi.

“Pengikut saya awesome, baik hati dan jenis ‘pakai’ otak. Audiens saya pun sama.

“Ciapan saya pun kadang tu dapat beratus ribu views/likes/rt walaupun Twitter tak bayar saya satu sen pun. Siapa nak beli… meh masuk tender,” katanya.

Sebelum itu kecoh apabila akaun twitter rasmi milik sebuah badan kerajaan memuat naik hantaran yang jelik.

Ekoran itu, seorang pengguna media sosial tampil mengaku akaun tersebut miliknya sebelum ia dijual kepada individu tidak dikenali.

Memetik laporan Malay Mail, pemuda berkenaan tidak mengetahui bahawa akaun yang dijual akan menjadi profil rasmi media sosial sebuah badan kerajaan.

(Visited 430 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button