Nasional

Program pemindahan ilmu salur ilmu keusahawan digital OKU

Bagi memantapkan ilmu keusahawanan Guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan memacu kebolehpasaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK), Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan Projek Program Pemindahan Ilmu (Knowledge Transfer Programme) bertempat di Smart Classroom FPE, Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), UPSI baru-baru ini.

Menurut Ketua Program, Prof. Madya Dr. Azila Abdul Razak, program itu merangkumi penglibatan dua buah sekolah di Daerah Muallim iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Behrang 2020 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari yang menghimpunkan seramai 20 penyertaan guru PPKI bagi perkongsian ilmu keusahawanan.

Sesi bergambar oleh jawatankuasa program pemindahan ilmu bersama para penceramah dan guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Bandar Behrang 2020 dan SMK Khir Johari di Foyer Blok 10, FPE, UPSI.

“Ini sekali gus menyebarkan aspek potensi keusahawanan dan motivasi bagi meningkatkan kebolehpasaran MBPK sebagai sokongan untuk memulakan sesuatu perniagaan,” katanya.

Katanya, program itu selaras dengan perkembangan teknologi dunia digital revolusi industri 4.0, para peserta turut diberi pendedahan ilmu berkaitan keusahawanan digital yang meliputi penggunaan aplikasi platform Shoppee, Facebook, Tiktok dan seumpamanya.

Sesi bengkel pemindahan ilmu bersama penceramah di Smart Classroom FPE, UPSI

Beliau berkata pemerkasaan ilmu keusahawanan digital bagi MBPK sangat penting untuk memberi mereka peluang yang sama dalam mempersiapkan diri untuk masa depan dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan.

Antara langkah yang boleh diambil untuk memperkuatkan ilmu keusahawanan digital bagi murid berkeperluan khas, katanya, ialah dengan memberi akses kepada program latihan dalam talian yang menumpukan kepada keusahawanan digital yang dirangka khusus untuk keperluan mereka bagi meningkatkan inklusitiviti murid-murid ini dalam pasaran pekerjaan.

Sesi penyampaian cenderahati oleh Prof. Madya Dr. Azila Abdul Razak kepada Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Khir Johari, Pn. Zainoriza Zainun.

“Program ini mencangkupi topik-topik seperti pengurusan perniagaan, pemasaran digital, penggunaan media sosial untuk keusahawanan dan lain-lain. Selain itu, guru-guru PPKI perlu dilatih dalam pengajaran keusahawanan digital dan pelbagai teknologi digital yang berkaitan dengan itu supaya mereka boleh membentuk program dan kurikulum yang sesuai untuk pelajar berkeperluan khas”, jelasnya.

Sementara itu, Dekan Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Prof. Madya Dr. Mohd Asri Mohd Noor berkata program seumpama ini amat penting dan akan diperbanyakkan bagi memastikan komuniti di sekitar UPSI terus mendapat impak dari kepakaran ilmu yang ada dalam kalangan kakitangan FPE.

“Melalui perkongsian ilmu keusahawanan bersama guru-guru program pendidikan khas ini, diharapkan pemindahan ilmu kesuahawanan yang lebih tersusun dapat diberikan kepada murid berkeperluan pendidikan khas sebagai persediaan mereka di masa hadapan. Selain itu, katanya, program sebegini juga dilihat mampu mencapai salah satu aspirasi YB Menteri Pendidikan Tinggi iaitu memperkukuh kekuatan sumber intelektual negara.

Program yang akan dijalankan sebanyak tiga fasa ini dijangka akan memberi impak dalam meningkatkan penerapan ilmu keusahawanan di kalangan guru-guru PPKI dan MBPK serta meningkatkan motivasi bagi golongan MBPK yang berjaya sebagai usahawan digital selepas tamat persekolahan nanti selain guru-guru PPKI dapat menyampaikan ilmu-ilmu keusahawanan dan meningkatkan motivasi dan minat murid berkeperluan khas dalam menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya selepas mereka tamat persekolahan nanti.

Sesi bengkel bersama Dr. Nurul Fadly Habidin dan

“Fasa ini meliputi program perkongsian ilmu keusahawanan, program lawatan penanda aras di premis perniagaan Orang Kurang Upaya (OKU) dan program kebolehpasaran MBPK di industri yang dibiayai sepenuhnya oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, UPSI di bawah Geran Pemindahan Ilmu (2023-0078-PP-01) dengan harapan ia dapat meningkatkan ilmu keusahawanan terutamanya keusahawanan digital dalam kalangan guru-guru PPKI dan MBK bagi memupuk budaya keusahawanan.

Sesi bengkel bersama Pn. Nadzimah Idris berkaitan persediaan guru-guru PPKI untuk melaksanakan kemahiran keusahawanan digital

Empat pakar bidang turut berkongsi ilmu iaitu Dr. Nurul Fadly Habidin dari Fakulti Pengurusan dan Ekonomi; Dr. Hasrul Hosshan (Pusat Kajian Kurang Upaya dan Komuniti Inklusif, Fakulti Pembangunan Manusia), Ts. Dr. Muhamad Firdaus Ramli (Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif) serta Nadzimah Idris dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Nadzimah yang sedang mengikuti pengajian Doktor Falsafah di Fakulti Pembangunan Manusia UPSI, menyampaikan ceramah berkaitan pendekatan keusahawanan digital adalah paradigma pembelajaran moden.

Sesi bengkel bersama Dr. Muhamad Firdaus Ramli berkaitan seni visual dan keusahawanan dalam kalangan MBPK

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Khir Johari, Zainoriza Zainun berterima kasih kepada pihak fakulti kerana menganjurkan program yang diharapkan dapat memberikan manfaat yang besar kepada murid-murid berkeperluan khas dalam meningkatkan kreativiti dan potensi diri, khususnya bidang keusahawanan digital yang sangat penting dalam dunia moden ini. -SM

Baca : UPSI, Universitas Negeri Yogyakarta jalin kerjasama bidang sukan

(Visited 80 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button