Nasional

PM persembah senarai Kabinet kepada Agong hari ini

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini bagi mempersembahkan senarai barisan Jemaah Menteri yang baharu.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri berkata, Muhyiddin akan menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada pukul 11 pagi nanti.

Muhyiddin dijangka akan mengumumkan senarai Jemaah Menteri pada pukul 5 petang di Pejabat Perdana Menteri setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.-SM

(Visited 282 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button