Luar Negarapilihan

Bekas Perdana Menteri ditembak ketika menuju ke Islamabad

Kerana mahu tampil sebagai wira untuk memprotes Kerajaan yang dipimpin Shehbaz Sharif, konvoi protes yang diketuai bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan diserang dan beliau telah ditembak.

Menurut jurucakap parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI), Fawad Chaudhry, Imran Khan bukan sahaja cedera pada bahagian bawah kaki malah mengalami pendarahan yang cukup banyak.

“Ini adalah percubaan membunuh Imran Khas yang cukup jelas. Jika penembak atau pembunuh upahan itu tidak dihalang orang awam, seluruh kepimpinan PTI akan tamat riwayatnya,” katanya Fawad Chaudhry.

Fawad Chaudhry berkata demikian kepada Reuters mengulas serangan mengejut yang ditujukan kepada Imran Khan serta konvoi protes yang dalam perjalanannya menuju ke Islamabad di Gujranwala.

Namun demikian, Perdana Menteri Pakistan semasa, Shehbaz Sharif mengecam serangan dan tembakan itu sekali gus mengarahkan siasatan segera dijalankan.

Sejak digulingkan pada April melalui undi parlimen, Imran Khan telah mengadakan perhimpunan di seluruh Pakistan untuk mendapatkan semula kuasa ekonomi.

(Visited 210 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button