KesihatanNasionalPenyakit

Pelitup muka pakai apabila perlu: Kes Covid-19 naik 2,428, 9 kematian

SEMALAM Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pelitup muka atau face mask tidak lagi perlu dipakai kecuali ketika berada di kawasan tertutup dan ia berkuat kuasa serta merta.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) pula hari ini menasihatkan orang ramai supaya tetap memakai topeng muka apabila mereka keluar dari rumah walaupun kerajaan telah menjadikan penggunaannya sebagai pilihan di kebanyakan tempat.

Keluarga Malaysia sejak dilanda pandemik Covid-19 pada akhir 2019 dan awal 2020 sudah tahu bahawa menjadi tanggungjawab kita semua untuk memakai pelitup muka.

Kini, pemakaian pelitup muka adalah apabila perlu bagi mengekang penularan Covid-19 dan penyakit bawaan udara lain.

Menurut data laman sesawang CovidNow, jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 2,428 berbanding 2,067 kes kelmarin manakala sembilan kematian dilaporkan semalam.

Catatan data menunjukkan kes baharu terdiri daripada 2,426 kes penularan tempatan dan dua kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,797,437 kes dan 36,262 kematian.

Sehingga tengah malam tadi 27,076 kes aktif Covid-19 termasuk 67 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 38 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 94.7% atau 25,650 pesakit menjalani kuarantin di rumah, 18 kes atau 0.1% dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC) sementara 1,341 orang atau 5.0% menerima rawatan di hospital. Seramai 2,673 pesakit dilaporkan sembuh.

Satu kluster baharu turut direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 7,070 kluster dengan 21 daripadanya masih aktif. – SM

(Visited 259 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button