Nasionalpilihan

Hampir 82,000 Kes Penipuan Siber Libatkan Jumlah Kerugian RM2.21 Bilion – Perdana Menteri

Kerajaan menzahirkan kebimbangan terhadap kes jenayah siber yang semakin meningkat kerana sejak 2016 sehingga 2021.

Berdasarkan laporan yang diterima, terdapat hampir 82,000 kes penipuan siber melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM2.21 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menyedari tahap kesedaran yang masih rendah dalam kalangan masyarakat tentang risiko penipuan dalam talian, Inisiatif Pembangunan Pelan Induk Kesedaran Keselamatan Siber bagi Menangani Isu Penipuan Siber diwujudkan.

“Tujuannya adalah untuk melahirkan warga siber yang berpengetahuan dan bertanggungjawab serta melindungi masyarakat daripada menjadi mangsa penjenayah siber,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam Mesyuarat Pertama Majlis Sosial Negara (MSN) 2022 yang turut dihadiri Menteri-menteri Kanan, Menteri dan Timbalan Menteri berkaitan serta pegawai-pegawai kanan Kementerian, Jabatan dan Agensi yang terlibat.

Sementara itu, Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual (RUU AGS) 2021 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 20 Julai 2022 membuktikan komitmen Kerajaan dalam menangani isu gangguan seksual di negara ini.

(Visited 171 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button