Hiburan

Shuk Sahar jual rumah untuk teruskan kehidupan

KUALA LUMPUR: Pelawak Shuk Sahar yang sedang melalui masa sukar kini bercadang untuk menjual rumahnya bernilai RM1.2 juta.

Dalam video TikTok baru-baru ini yang dikongsi dengan peminatnya, artis berusia 35 tahun itu berkata, dia memerlukan wang itu untuk meneruskan kehidupannya dan memulakan projek baharu.

“Saya mahu menjual rumah saya di Elmina Ferrea pada harga RM1.2 juta kerana saya memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan.

“Jadi kepada yang berkemampuan dan sedang mencari untuk membeli hartanah, sila DM saya,” katanya.

Shuk pernah terpalit dengan kontroversi selepas beberapa kali didapati curang dengan isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Rossa Sera dengan seorang wanita bernama Farah Salleh.

November lalu, dilaporkan bahawa Rossa Sera telah memfailkan penceraian tetapi tiada kemas kini lanjut dibuat.

Ramai netizen yang membalas postingnya menyuruhnya bertaubat dan memintanya mencontohi penyanyi Aliff Aziz, dan kembali kepada isteri dan anak-anaknya.

Shuk berkahwin dengan Rossa Sera pada 2015 dan mereka mempunyai dua anak — Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

 

(Visited 372 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button