KesihatanNasional

Covid-19: 43 kes kematian baharu dengan 13 BID

MENURUT laporan GitHub, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 43 kes kematian Covid-19 semalam dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 13 korban yang diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 32,390.

Johor dan Selangor mencatat kematian dengan angka tertinggi iaitu 10 kes, diikuti Kedah dengan tujuh kes, Sabah dengan lima kes manakala Kelantan, Pahang dan Pulau Pinang, masing-masing dengan dua kes. Bagi Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak, Terengganu dan Kuala Lumpur pula, masing-masing dengan satu kes kematian.

Sebanyak 258,985 kes aktif Covid-19 dilaporkan sehingga tengah malam tadi dan sebanyak 272 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 164 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Di samping itu, kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 17,749.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 yang direkodkan di Malaysia kini mencecah 3,221,680. – SM

(Visited 150 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button