NasionalNegeri

Perlis peruntuk RM293.36j Bajet Tahun 2023

KERAJAAN Perlis akan memperuntukkan RM293.36 juta bagi tujuan Bajet Tahun 2023.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, daripada jumlah ini, sebanyak RM180.41 juta (61.50 peratus) disediakan di bawah perbelanjaan mengurus.

“Sebanyak RM112.95 juta (38.50 peratus) pula di bawah perbelanjaan pembangunan,” katanya ketika membentangkan Bajet2023 pada Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15 di Kompleks DUN di Persiaran Wawasan di Kangar.

Mohd Shukri berkata, bagi merealisasikan pelaksanaan Bajet Tahun 2023 ini, kerajaan negeri akan memberi penekanan kepada tiga teras.

Katanya, Teras pertama adalah Peningkatan Ekonomi Melalui Pelaburan, Teras kedua, Peningkatan Kualiti Hidup Rakyat dan Teras ketiga pula Pembangunan Negeri Yang Mapan.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga menganggarkan kutipan hasil bagi tahun 2023 sebanyak RM112.23 juta.

“Ia adalah dari komponen Hasil Cukai sebanyak RM21.87 juta, Hasil Bukan Cukai (RM23.46 juta) dan Terimaan Bukan Hasil (RM66.90 juta),” katanya.

Selain itu katanya, prestasi ekonomi negeri ini juga mencatatkan pertumbuhan yang semakin positif.

Tambahnya, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Perlis bagi tahun 2021 mencatatkan pertumbuhan pada kadar 1.5 peratus berbanding penyusutan sebanyak 6.0 peratus pada tahun 2020.

“Beberapa sektor yang menyumbang kepada peningkatan KDNK negeri adalah sektor perkhidmatan yang meningkat 2.3 peratus, sektor pembuatan meningkat 5.4 peratus dan sektor pembinaan peningkatan sebanyak 0.2 peratus.

Mohd Shukri berkata, sektor utama yang menyumbang kepada KDNK Perlis adalah sektor perkhidmatan yang merekodkan nilai berjumlah RM4.1 bilion yang mewakili 70.2 peratus daripada keseluruhan KDNK.

Beliau berkata, ia diikuti sektor pertanian sebanyak 17.4 peratus, sektor pembuatan (8 peratus), sektor pembinaan (2.6 peratus) dan yang terakhir sektor perlombongan dan pengkuarian (0.5 peratus). – SM

(Visited 127 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button