AgamaNasionalNegeri

Pemangku Raja Perlis rasmi Cerapan Rukyah Hilal Syawal 1444H

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan Cerapan Rukyah Hilal Syawal 1444 Hijrah bersamaan 2023 Masehi di Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis petang semalam.

Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis adalah salah satu daripada 29 lokasi terpilih di seluruh negara.

Tuanku Syed Faizuddin Putra ketika berada di Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis petang semalam.

Sejurus berangkat tiba, Baginda dipersembahkan taklimat mengenai data Rukyah Hilal yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Negeri Perlis, Sr. Saf Zaffryin Mahadzir.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merupakan Yang DiPertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kemudiannya berkenan menyaksikan barisan Ahli Jawatankuasa Rukyah Hilal yang diketuai oleh Mufti Perlis, Prof Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menandatangani Pengesahan Rukyah Hilal Syawal 1444H/2023M Negeri Perlis yang tidak kelihatan di tempat cerapan tersebut.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bersama kalangan pembesar semasa Cerapan Rukyah Hilal Syawal 1444 Hijrah bersamaan 2023 Masehi di Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis petang semalam.

Sebelum berangkat pulang, Baginda turut berkenan berbuka puasa dan seterusnya menunaikan Solat Maghrib, Isyak serta Tarawih secara berjamaah bersama para pembesar negeri serta sekalian anak jemaah yang hadir.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan solat berjemaah di Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan bahawa setelah laporan dari semua tempat cerapan selesai diterima, kedudukan hilal tidak memenuhi ketetapan imkanur-rukyah, maka keesokan harinya ditetapkan menjadi 30 Ramadhan 1444, manakala 1 Syawal 1444H pula jatuh pada Sabtu 22 April 2023, sepertimana yang diumumkan semalam setelah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja. – SM

BACA Aktiviti Teropong Anak Bulan Bakal Meriahkan Sambutan Menjelang Ramadan

(Visited 141 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button