Politik

Jangan main isu kaum?

1. Kata Ketua Penerangan UMNO Bukit Gelugor bekas Perdana Menteri Tun Mahathir (perlu) berhenti daripada memainkan sentimen melibatkan perkauman.

2. Kerajaan sekarang mendakwa Malaysia adalah negara demokratik. Kononnya ada kebebasan bersuara.

3. Saya hanya menyuarakan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Apakah mempertahankan Perlembagaan Malaysia menyalahi undang-undang.

4. Sebaliknya bertentangan perlembagaan ialah mempromosi negara berbilang bangsa. Apakah Kerajaan sekarang menolak the Rule of Law, termasuk Perlembagaan Malaysia yang tidak pernah sebut Malaysia sebagai negara berbilang kaum. Sebaliknya Perlembagaan menekankan Ke-Melayuan Malaysia.

5. Ya. DAP cuma ada empat Menteri. Tetapi dalam Kerajaan terdapat empat puluh (40) ahli DAP. Jika DAP tarik diri Kerajaan Anwar akan jatuh. Sebab itu Anwar terpaksa turut manifesto DAP, khusus menjadi Tanah Melayu negara berbagai kaum dan agama rasmi Islam diganti dengan negara sekular – negara yang tidak ada agama rasmi.

6. Maka tergugurlah keahlian Malaysia dalam OIC.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

3 Julai 2023

(Visited 160 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button