Nasional

Dua hari tol percuma di semua lebuh raya

PEMBERIAN tol percuma kepada semua jenis kenderaan selama dua hari pada 20 dan 21 Januari ini seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membabitkan semua lebuh raya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, ketika mengesahkan perkata itu berkata, ia bermula pada pukul 12 tengah malam, 20 Januari 2023 (Jumaat) dan akan berakhir pada pukul11.59 malam, 21 Januari 2023 (Sabtu).

Beliau berkata, inisiatif ini membabitkan implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM40 juta.

“Dengan pelaksanaan diskaun tol ini diharapkan agar pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya dan merancang perjalanan dengan sewajarnya dan dinasihatkan mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA) yang disyorkan, ” katanya dalam kenyataan, hari ini. – SM

(Visited 398 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button